Kelas ICT – Fungsi Perisian Komputer

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang komputer yang merangkumi fungsi perisian komputer.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan melabel perkataan yang betul tentang fungsi setiap perisian komputer menggunakan template Gameshow Quiz di laman web Wordwall. Peserta diminta untuk maju ke hadapan dan memadankan perkataan berkenaan di Smartboard. Markah akan dipaparkan setelah mereka menyiapkan tugasan berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali